ANDA DIPANGGIL TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA KASTAM GRED WK29 ?
Tahniah Diucapkan kepada calon yang terpilih untuk menghadapi Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29. Anda seorang yang bertuah daripada beribu-ribu orang yang memohon anda yang terpilih.
Bukan senang untuk sampai ke peringkat temuduga SPA ini . Jadi lakukan persediaan anda yang terbaik.
13 Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam Gred WK29
- Perkenalkan diri dan latar belakang secara ringkas ?
- Apakah kelayakan yang dimiliki anda ?
- Terangkan diskripsi tugas jawatan yang dimohon anda ?
- Mengapakah anda berminat untuk memohon jawatan ini ?
- Sekiranya anda dipilih untuk memegang jawatan ini, apa yang anda boleh sumbangkan ?
- Sanggupkah anda kerja lebih masa ?
- Sanggupkah anda bekerja berjauhan dengan keluarga
- Mengapa anda ingin meninggalkan kerja anda sekarang?
- Apa yang anda tahu tentang Jabatan Kastam Di Raja Malaysia ?
- Terangkan Visi dan Motto Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
- Siapa Ketua Pengarah Kastam sekarang?
- Ceritakan serba sedikit isu semasa di Malaysia ?
- Berapa lama anda mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang baru ?
PENAFIAN :
Contoh soalan temuduga yang disenaraikan di atas hanyalah contoh semata-mata bukan Soalan Bocor daripada panel temuduga kerajaaan.
KENAPA RAMAI CALON GAGAL TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA KASTAM GRED WK29 ?
- Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persedian.
Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja!
- Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan.
Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.
- Komunikasi yang kurang lancar.
Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab!
- Penampilan yang tidak tepat.
Ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga.
- Over Confident! Terlalu yakin!.
Kesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.