ANDA DIPANGGIL TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN JPN GRED KP29 ?
Tahniah Diucapkan kepada calon yang terpilih untuk menghadapi Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Gred KP29. Anda sudah melepasi Ujian Psikometrik. Tinggal satu tapisan lagi sebelum anda berjaya menjadi warga JPN .
Bukan senang untuk sampai ke peringkat temuduga SPA ini . Jadi lakukan persediaan anda yang terbaik.
13 Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29
- Perkenalkan diri dan latar belakang secara ringkas ?
- Apakah kelayakan yang dimiliki anda ?
- Terangkan diskripsi tugas jawatan yang dimohon anda ?
- Mengapakah anda berminat untuk memohon jawatan ini ?
- Sekiranya anda dipilih untuk memegang jawatan ini, apa yang anda boleh sumbangkan ?
- Sanggupkah anda kerja lebih masa ?
- Sanggupkah anda bekerja berjauhan dengan keluarga
- Mengapa anda ingin meninggalkan kerja anda sekarang?
- Apa yang anda tahu tentang Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia ?
- Terangkan Visi dan Motto Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Siapa Ketua Pengarah JPN sekarang?
- Ceritakan serba sedikit isu semasa di Malaysia ?
- Berapa lama anda mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang baru ?
PENAFIAN :
Contoh soalan temuduga yang disenaraikan di atas hanyalah contoh semata-mata bukan Soalan Bocor daripada panel temuduga kerajaaan.
KENAPA RAMAI CALON GAGAL TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP29 ?
- Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persedian.
Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja!
- Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan.
Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.
- Komunikasi yang kurang lancar.
Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab!
- Penampilan yang tidak tepat.
Ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga.
- Over Confident! Terlalu yakin!.
Kesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.