Ujian Psikometrik

Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah untuk dijawab. Anda tahu tak kenapa ujian ini mudah? Sebabnya anda tak perlu hafal formula matematik, tak perlu ingat fakta, tak perlu tahu isu semasa, tak perlu tahu grammar. 

  • Tak ada soalan daya menyelesaikan masalah.
     
  • Tak ada soalan kefahaman bahasa inggeris.
     
  • Tak ada soalan pengetahuan am.

Apa tu ujian psikometrik yang sebenar? Boleh  terangkan secara ringkas?

Secara mudahnya, ujian psikometrik ini merupakan ujian untuk ukur personaliti ataupun perangai seseorang. Ada beberapa penilaian utama yang diukur dalam ujian ini, iaitu:

  • Kepimpinan
  • Kebolehan bersosial
  • Cara berkomunikasi
  • Semangat kerjasama
  • Kestabilan emosi
  • Tahap disiplin diri
  • Kejujuran

Semuanya soalan berkaitan dengan perwatakan diri anda sendiri. Soalan hanya bertanyakan adakah anda seorang yang teliti, adakah anda seorang yang penyabar, dan soalan-soalan bersifat keperibadian yang lain.

Soalan psikometrik ini berbentuk objektif dan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau Tidak
     
  • Betul atau Salah
     
  • Ya atau Betul atau Tidak Pasti
     
  • Sangat Setuju, Setuju, Tak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju

Kalau Mudah, Patut Ramailah Yang Akan Luluskan?

Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis dan mengecilkan jumlah calon. Bila calon dah sikit, itu akan memudahkan sesi temuduga dijalankan.

Jika calon dipanggil hadir exam seramai 20,000 orang, ianya akan ditapis dan dikecilkan menjadi 2,000 orang. Hanya calon-calon yang berkualiti sahaja yang berjaya melepasi ujian ini.

Ramai Yang Gagal.

Yang hadir exam memang ramai, yang gagal exam pun ramai jugak. Persoalannya sekarang, adakah anda salah seorang calon yang gagal ataupun calon yang lulus?

Jadi, apa yang dinilai sebenarnya dalam ujian psikometrik ini sehinggakan ramai calon gagal melepasi ujian ini? Jom saya tunjukkan kepada anda beberapa soalan exam lepas dan apa yang dinilai.

1. Saya biasanya mengotakan janji untuk melaksanakan sesuatu, walaupun ia menyusahkan atau tidak menyenangkan.

A. Ya
B. Tidak

Apa yang dinilai?

👉 Mengenalpasti adakah calon mempunyai sifat tanggungjawab dalam diri.


2. Saya fikir tidak mengapa untuk tidak mengendahkan undang-undang selagi mana saya tak melanggarnya.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Setuju
D. Sangat setuju

Apa yang dinilai?

👉 Mengenalpasti adakah calon seorang yang berdisiplin ataupun tidak.


3. Saya bersedia mengkaji semula semua maklumat berkaitan projek terdahulu untuk memastikan bahawa perancangan projek baru mempertimbangkan pengalaman yang saya ada.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Tak pasti
D. Setuju
E. Sangat setuju

Apa yang dinilai?

👉 Mengenalpasti adakah calon mempunyai sifat analitikal ataupun tidak.

Soalan memang nampak mudah. Tapi disebalik soalan yang mudah ini sebenarnya ia sedang mencungkil sikap-sikap negatif yang ada dalam diri anda. 

Ada sesetengah calon suka ambil mudah, “Apa susah, bagi jer jawapan positif semua”.

Tapi anda perlu ingat satu perkara. Soalan-soalan ini direka khas oleh pakar psikologi. Ada soalan direka untuk mengelirukan anda. Apa yang anda fikir sikap positif, itulah sikap negatif yang sebenar.

Sehebat mana pun anda sembunyikan sikap negatif dalam diri, pastinya akan ‘terkantoi’ jugak.

Contoh Soalan.

Selalu mengawal tindak-tanduk saya tanpa memikirkan perasaan saya sendiri.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Tak pasti
D. Setuju
E. Sangat setuju

Cuba anda jawab dulu soalan ini. Pilih jawapan yang positif. Apakah agaknya jawapan yang paling tepat?

Analisa Soalan

Pertama sekali, apa sebenarnya soalan ini nak sampaikan kat kita?

Selalu mengawal tindak-tanduk tu apa maksud dia?

Tanpa memikirkan perasaan sendiri itu apa maksud dia?

Jom kita buat analisa.

Nak senang faham, saya bagi satu situasi mudah. 

Musa  selalu dibuli di tempat kerja. Disebabkan dia tak nak perbesarkan masalah, dia diamkan diri tanpa beritahu sesiapa. Musa kini rasa tertekan.

Berdasarkan kisah Si Musa ini, kalau sikap mendiamkan diri ketika dibuli macam ini berlaku sekali atau dua kali, tak ada masalah. Tapi dalam soalan tu, penggunaan perkataan ‘selalu’ itu telah menjerat ramai untuk bersetuju dengan soalan ini.

Jika sikap ini ‘selalu’ diamalkan, hari-hari orang ini lalui selalunya penuh dengan tekanan terutamanya tekanan emosi.

Jadi bila kita tak setuju dengan soalan ini, kita sudah pun buat pilihan jawapan yang positif. 

Kalau saya bersetuju, apa pula yang akan jadi  ? 

Itu memberi perspeksi buruk SPA terhadap diri anda. Pihak SPA akan nampak diri anda mempunyai sikap seperti ini jugak. Maaf cakap, memang mereka tolak anda awal-awal lagi.

Nampak tak kat situ, macam mana soalan psikologi ini berjaya mengorek perangai sebenar anda?

Ini baru huraian satu soalan. Cuba bayangkan ada 199 soalan dalam exam nanti. Dengan masa yang singkat, nak fikir pun tak cukup masa, memang kantoi habislah perangai yang cuba anda sembunyikan dalam diri tu.

Positif Bukan Jaminan Untuk Lulus.

Selain daripada perlu memilih jawapan positif, calon juga perlu konsisten dalam memilih jawapan. Sama ada jawapan tu salah atau betul, itu kita letak tepi dulu.

Apa yang ramai calon exam sebelum ini gagal buat ialah konsisten dalam pemilihan jawapan. Kalau anda nak tahu, topik soalan dalam ujian psikometrik ini berulang-ulang.

Berulang-ulang macam mana tu? Boleh  terangkan sikit?

Baiklah . macam ni.

Soalan Berulang.

Soalan 1. Saya suka kemaskan meja kerja saya sebelum meninggalkan pejabat.



Soalan 17. Bangun awal pagi untuk pergi kerja kadangkala menyusahkan.



Soalan 26. Memotong barisan jika nak cepat adalah perkara yang boleh dimaafkan.



Soalan 31. Saya akan memecutkan kereta apabila lampu isyarat bertukar kuning.



Soalan 39. Saya akan kongsikan berita yang sahih apabila menggunakan sosial media.

Macam saya tunjukkan kat atas, lima soalan ini berkaitan dengan topik disiplin. Soalan ni dicampur-adukan dengan topik yang lain, seperti topik kerjasama, tanggungjawab, kejujuran dan lain-lain.

Dalam memberi jawapan kepada lima soalan ini, pastikan anda menunjukkan pendirian anda yang sama.

Contohnya…

Soalan 1 bersifat positif, maka anda perlu sokong.

Soalan 17 bersifat negatif, maka anda perlu bantah.

Soalan 26 bersifat negatif, maka anda perlu bantah.

Soalan 31 bersifat negatif, maka anda perlu bantah.

Soalan 39 bersifat positif, maka anda perlu sokong.

Positif anda perlu sokong, negatif anda perlu bantah. Inilah yang dipanggil sebagai konsisten.

Macam mana pulak kalau calon tu sokong dengan soalan negatif, soalan seterusnya dia sokong jugak dengan soalan positif?

Itu cukup membuktikan pendirian dia tak kukuh. Calon macam ini selalunya takut untuk buat keputusan sendiri, suka mengikut apa yang orang lain buat. Kalau dia dalam mesyuarat, kejap sokong yang tu, kejap sokong yang ni. Tak ada pendirian.

Maaf kalau saya cakap, mana-mana majikan pun tak nak ambil calon seperti ini sebagai pekerja. Kerana calon macam ini lah yang bakal mengundang banyak masalah kepada jabatan ataupun syarikat nanti.

Tips Kekal Konsisten

Macam mana nak kekal konsisten tu Tuan Nazim? Boleh kongsikan kat saya tak?

Ya boleh. Tapi nak tulis semua kat sini tu agak mustahil lah. Itu terpaksalah saya karang 5-10 muka surat lagi. Sebab topik psikologi ni luas.

Tapi, saya highly recommended kepada anda untuk baca satu rujukan psikometrik ini. Dan apa yang saya kongsikan kepada anda ini hanyalah 1% sahaja daripada kandungan rujukan ini.

 

Sila klik butang di bawah untuk baca

Dalam tu, Tim Infokerjaya telah terangkan secara terperinci bagaimana nak kekal konsisten dalam menjawab ujian psikometrik. Dalam tu ada 200 soalan berserta jawapan disediakan untuk anda.

Soalan pulak sentiasa dikemaskini mengikut standard yang dikeluarkan oleh SPA dan mengikut format psikometrik yang terkini.

Confirm boleh lulus ke Tuan?

Maklum balas calon exam sebelum ini.

Wah.. untungnya pertama kali exam dah lulus!

Bonus Untuk Anda

.Bonus 1:  Grup Telegram VVIP Psikometrik ( Perbincangan sebelum exam)

Bonus 2:  110 Soalan Ujian 2023 Siri 1

Bonus 3 : 166 Soalan Ujian 2023 Siri 2

Sila claim kesemua bonus-bonus ini dengan klik butang di bawah ini.

Saya doakan yang terbaik untuk anda nanti. 

Jom sukses!