Bagi anda yang sudah menamatkan pengajian , langkah seterusnya adalah mencari perkerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan jiwa anda. Namun satu fakta yang perlu anda sedari adalah persaingan yang sengit yang wujud untuk mendapat jawatan atau kerja idaman.
Dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan , perlulah ada perancangan. Seperti pepatah Inggeris yang bermaksud “ Anda tidak merancang untuk gagal Tetapi anda gagal untuk merancang
“ If you fail to plan, you are planning to fail “
~ Benjamin Franklin
Dalam minda anda perlu ada peta jalan kerjaya ( carrer roadmap) yang akan memandu sepanjang anda berada dalam alam kerjaya .
Sebelum anda memulakan perjalanan anda memburu kerja idaman anda , satu yang penting untuk anda tetapkan ialah anda mempunyai penetapan minda atau mindset yang betul.
Dengan mindset yang betul anda tidak akan mudah mengalah bila berhadapan dengan kegagalan dalam mendapat kerja. Anda perlu kuat menerima keputusan dukacita bila anda memohon kerja samada kerja kerajaan atau swasta.
Persaingan Yang Akan Anda HadapiSebenarnya….. Adalah Sangat Sengit! |
Tak kira samada anda memohon kerja disektor kerajaan atau sector swasta , persaingan adalah amat sengit.
Berdasarkan statistik terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA); hampir 2.5 JUTA PERMOHONAN kerja telah diterima untuk menyertai perkhidmatan awam. Permohonan ini adalah untuk mengisi jangkaan 80,000 kekosongan jawatan dalam sektor awam yang jelas menunjukkan persaingan yang sangat kompetitif di kalangan pemohon untuk memilih berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Bermakna… Hanya 3.2% Sahaja Yang Akan Dipilih!Jadi, ia sememangnya satu persaingan yang amat sengit dan ia memerlukan lebih dari sekadar “NASIB!”. Anda perlu betul-betul bersedia dan perlu memastikan bahawa anda betul-betul LAYAK untuk dipiih sebagai penjawat awam berbanding calon-calon yang lain! Senario yang sama berlaku dalam sektor kerja swasta. |
Bagaimana untuk berada pada’landasan’ yang betul dalam kerjaya? Saya yakin anda tahu dan biasa dengar kata kata bijak pandai tentang mengejar impian.
- Letakkan matlamat yang nak dicapai
- Cari kawan atau circle yang positif
- Persiapkan diri
- Bersedia dengan mempunyai peta minda apa yang akan dilalui untuk capai impian anda
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
886 total views, 1 views today